Kitab-Kitab Rujukan Muktabar

Ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan,begitulah diibaratkan produk-produk bacaan dalam bentuk artikel,majalah,buku dan media cetak yang lain yang dihasilkan setiap hari dalam puspa kategori termasuklah hal ekonomi,politik,sosial dan agama.Sebagai kesan dari proses perkembangan dalam bentuk pemikiran dan tanggapan,bahan-bahan bacaan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Ini mungkin baik dari segi pandangan kerajaan kerana saranannya rajin membaca itu mendapat sambutan.Dari segi agama pula,apa kriteria-kriteria penilaiannya….?Kita perlu sedar bahawa agama Islam itu adalah milik Allah,maka kita perlu beribadat dan beramal soleh mengikut apa yg Dia kehendaki,bukan Dia yg perlu terima apa yang kita kehendaki. Kita ambil perkara paling asas dalam ibadat….solat.Allah SWT mngkehendakkan kita untuk mnyembah-Nya…kaedahnya diajarkan kita caranya melalui Nabi Muhammad SAW…sudah tentulah ajaran itu tidak smpai kepada kita secara terus,tetapi melalui takrirnya dalam bentuk Hadis dan Sunnah yg sbg conthnya spt hadis-hadis berikut:

Rasullulah SAW bersabda

“Hendaklah kamu bersolat sebagaimana kamu melihat aku bersolat” – Hadis riwayat al-Bukhari

dan sabdanya:

“Ambillah daripadaku cara kamu mengerjakan ibadat”- Hadis riwayat Muslim, Abu Daud da An-Nasai

Mengurangi atau menambah-nambah ketentuan Allah dan Rasulnya atau mengadakan kaifiat sendiri tanpa izin Allah dan Rasul adalah satu perbuatan bid’ah yang tercela.

Rasullullah SAW bersabda:

“Semua perkara-perkara baru yang diada-adakan adalah Bid’ah dan semuaBid’ah adalah sesat dan semua kesesatan dalam neraka”- Hadis riwayat Muslim, Ahmad, An-Nasa’i dan lain-lain

…jadi pokok persoalannya disini,Nabi telah mengajarkan kita cara beribadat (solat dan sebagainya),tetapi kita pula nampaknya beribadat tak macam Nabi,tak serupa dengan apa yang dia buat….jadi apa dan siapa ikutan kita?Sekarang bukan masanya lagi kita nk taksub kepada imam,ustaz secara membuta tuli,kita sendiri perlu tahkik semula Islam kita..ibadat kita,adakah ianya sabit dengan Nabi ataupun tidak..adakah dalilnya atau contoh-contoh terdahulu? Ada juga pihak yang mengaku dia bermazhab Shafie,tetepi apa yang peliknya…sembahyang dia sndiri tak menyamai cara sembahyangnya Imam besar Muhammad bin Idris (Imam Shafie).Sudah menjadi kelaziman masyarakat kita kini,asal ibadat seseorng tu pelik sdikit,orang kata dia mazhab lain.Dalam keadaan lain,ada pula yang mengatakan kalau dah ikut mazhab Shafie,msti smuanya ikut mazhab Shafie…mksd mereka klau kita solat ikut pendekatan Imam Shafie,puasa kita jg perlu ikut mazhab Imam Shafie..x boleh campurkan mazhab-mazhab ini….cuba kita sama-sama fikirkan,siapa pula yg kemukakan fatwa sebegini?kenapa pula mazhab yang menjadi ikutan?mana perginya ikutan kita insan yang maksum Muhammad SAW?kenapa wujud sentimen mazhab di sini sedangkan asalnya adalah ajaan rasullullah SAW semata-mata…?Jadi konsep ibadat kita adalah yang tsabit dari Nabi SAW shj…Sepakat ijmak ulamak bahawa konsep ibadat,asal hukum mengenai ibadat adalah batal sehinggalah ada dalil yang memerintahkannya..Maka di sini saya senarai pendekkan kitab-kitab muktabar yang boleh dijadikan rujukan insya Allah..kitab-kitab ini dapat menerangkan kepada kita cara-cara yang sahih berkaitan ibadat nabi dan zikir-zikir yang sahih dari Nabi insya Allah

1. BAHAYA DAN KEBURUKAN BIDA’AH Drs Abd. Ghani Azmi

2.KITAB FEQAH MAZHAB SHAFIE (AL-FIQULMANHAJI) Dr. Mustafa Al-Bugho,Dr. Mustafa Al-Khind, Ali As Syarbaji 8 jilid

3.SAHIH BUKHARI

4.SAHIH MUSLIM

5.HIMPUNAN HADIS DHA’IF DAN MAUDHU’  Drs. Abdul Ghani Azmi.2 Jilid

6.RIADHUS SOLIHIN Imam Nawawi 2 Jilid (Pustaka Nasional Singapore)

7.AL-ADZKAR (HIMPUNAN DOA & ZIKIR)  Imam Nawawi (Pustaka Nasional Singapore)

8.AL-KABA’IR (DOSA-DOSA BESAR)  Al-Hafidz Imam Adzhabi (Pustaka Nasional Singapore)

9.FATWA TERKINI (FATWA MU’ASARAH) Dr. Yusuf Qardhawi (4 set.2 Jilid salam satu)

10.TANDA AWAL KIAMAT Dr. Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil Ma

11.TANDA AKHIR KIAMAT Dr. Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil Ma

Walau bagaimanapun,penerbitan yang terbaru oleh syarikat penerbitan yang sama (Al Hidayah),kedua-dua buku disatukan menjadi satu (RM 45)

12.MENANGKIS PENCEMARAN TERHADAP AGAMA & TOKOH-TOKOHNYA  Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin

13.SELANGKAH KE ARAH MEMAHAMI AS-SUNNAH Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin

14.MENILAI TARIKAT DAN KESUFIAN DENGAN SYARIAT ALLAH Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin

15.PERTELINGKAHAN SAHABAT ANTARA KETULENAN FAKTA DAN PEMBOHONGAN  Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin

16.SIFAT SOLAT NABI Nasiruddin Al-Bani

17.FIKH SUNNAH Sayed Tsabit Tahkik Nasiruddin Al-Bani,Saleh Uthsaimin,Abdul Aziz bin Bass (4 Jilid)

18.HADIS 40 Imam Nawawi

19.SEMBAHYANG EMPAT MAZHAB Abdul Kadir Al-Rahbawi

20HISNUL MUSLIM (Himpunan doa-doa yang sahih dari Nabi)

Perlu diberi perhatian bahawa semasa membeli buku-buku ini,sila pastikan penulisnya adalah seperti yyang dinyatakan kerana banyak buku-buku di pasaran diterbitkan dengan tajuk yang sama.Selain dari kitab-kitab ini,masih banyk lagi kitab- yang boleh djadikan rujukan yang tidak disenaraikan di sini.Kitab-kitab yang ditulis oleh mufti-mufti dan ulama-ulama hadis Arab Saudi juga boeh dijadikan rujukan insya Allah seperti kitab yang ditulis oleh Nasiruddin Al-Bani,Abd Aziz bin Bazz dan juga Saleh Uthsaimin.

Kitab-kitab ini boleh diperolehi di Tingkat 2,Wisma Yakin Kuala Lumpur. Bagi yang menetap di Ipoh,Pustaka Muda juga dilengkapi dengan sebahagian besar buku-buku yang disenaraikan .

Semoga ini akan banyak memberi dorongan kepada tuan-tuan kelak dengan izin Allah insya Allah.

maN-jea

1 Comment

  1. umar mukhtar said,

    May 9, 2011 at 1:45 pm

    pembetulan

    1) Syeikh Sayyid Sabiq bukan syed tsabit

    2) Shaikh Al-albani hanya mengomentar karya Sayyid Sabiq dengan Tamamul Minnah. Ana rasa yg dengan Ibn Baaz dan Ibu Uthaimin itu bukan Sayyid Sabiq tapi yang Syeikh Abdul Malik punyer bertajuk Sahih Fiqh Sunnah. Bahkan sbnarnya ketiga3 imam itu pun tidak tahqiq buku tersebut! tetapi komentar mereka dari luar dibawa masuk ke dalam buku tersebut. Wallahua’lam…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: